Thursday 7 August 2014

Dasar Pembangunan Ekonomi

SINOPSIS
Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk mengangkat ekonomi negara ke tahap yang paling maksima. Kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang terhadap sesuatu perlaksanaan dasar pembangunan tersebut. Justeru, tidak hairanlah aspek pembasmian kemiskinan, peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah dibangunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi yang seimbang antara semua kaum, masyarakat dan juga kawasan. Semua dasar pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam membentuk sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan sekali gus keharmonian rakyat. Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksam, menitikberatkan nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesama kaum dan jantina, malahan meletakkan negara dengan satu identiti yang tersendiri di mata dunia. Walau bagaimanapun, keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan rakyat negara terhadap setiap dasar yang digubal tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

  • Mengenal pasti dasar pembangunan ekonomi di Malaysia.
  • Mengkaji kekuatan dan kelemahan dasar ekonomi yang telah dilaksanakan.


PERMASALAHAN KAJIAN

  • Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk terutamanya apabila jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam sebuah negara
  • Masalah peluang pekerjaan untuk semua golongan terutamanya penganggur
  • Masalah memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.

2.1 DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA
DEFINISI  
        Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak
DEFINISI PEMBANGUNAN
        Usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
   Kemampuan manusia memenuhi potensi mereka untuk memastikan mereka dapat memperolehi keperluan-keperluan asas. 

      Perubahan ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dll termasuk aspek kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan manusia.

TUJUAN DASAR
·    Matlamat keselamatan negara. Perpaduan dan kestabilan negara. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
1.      DASAR-DASAR EKONOMI :-
§ Dasar Sains dan Teknologi
§ Dasar Persyarikatan Malaysia
§ Dasar Perindustrian Negara
§ Dasar Penswastaan
§ Dasar pertanian Negara 


DASAR PANDANG KE TIMUR 
• Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 semasa 5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca di K.L. 
• Contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan di malaysia
DASAR PANDANG KE TIMUR 
Antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:- 
a. Perubahan Struktur 
i. Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card) 
ii. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag) 
b. Perubahan Sikap 
i. Perkhidmatan Cemerlang 
ii. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) 
iii. Latihan dan Kursus 
iv. Latihan Perindustrian dan Teknikal 
iiv. Program Pengajian Akademik


2.2 KEKUATAN DAN KELEMAHAN DASAR EKONOMI YANG TELAH DILAKSANAKAN

 KEKUATAN DASAR EKONOMI
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Dari sebuah negara yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian dalam era 60-an, Malaysia pada hari ini telah menjadi rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal. 
Perubahan struktur ekonomi Malaysia selama 40 tahun adalah suatu yang menakjubkan. Sering mendapat jolokan sebagai "negara bertuah" kerana kaya dengan sumber-sumber galian dan tanih subur, Malaysia tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan, rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi tinggi, berdasarkan pengetahuan dan berintensifkan modal.

  



KELEMAHAN DASAR EKONOMI 
Sinerio mengenai sejarah penduduk-penduduk Tanah Melayu dan masyarakat majmuk serta dasar British yang telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur kaum dan membawa kepada pola perhubungan arus dan krisis juga dihuraikan. Matlamat dan intipati DEB dibicarakan dengan memberikan penghuraian secara menyeluruh dan terperinci. Kajian ini memberikan tumpuan yang khusus kepada faktor kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku.di dalam pelaksanaan DEB yang menyebabkan kegagalannya mencapai matlamat asal. Justeru itu, amalan buruk serta silap laku dalam pelaksanaan DEB dipaparkan. Kajian ini juga memaparkan pandangan orang-orang Cina terhadap DEB ini yang dikatakan telah menguntungkan orang-orang Melayu sahaja. Sehubungan dengan itu adalah difikirkan wajar juga kajian ini menjelaskan pandangan serta harapan orang-orang Melayu terhadap DEB dan sekaligus menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh golongan bukan Melayu. Sebagai membantu pelaksanaan DEB di masa yang akan datang, kajian ini turut memberikan beberapa cadangan untuk difikirkan bersama. Dan akhir sekali, satu kesimpulan diberikan dengan mengulas kembali hal-hal yang menyangkut dengan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan dalam pelaksanaan DEB sehingga memberi nasib yang 'buruk' kepada orang-orang Melayu